Sunday, January 20, 2013

Majlis Pertunangan !

Assalammualaikum  , Hai!!



mcm taik cicak je, hitam putih baju ku

Alhamdulillah selesai sudah majlis pertunangan :)


oh, bukan saya yg bertunang, tapi abg yang bertunang.jangan salah faham.hehe. beberapa hari lepas ada update status n tweet, saje kasi gempak ayat.ramai la plak yg ingat saya la yg bertunang.hehe.

ok, balik2 je hari rabu tu dari perlis, keesokkannya terus start perah otak mcm mana nak tolong hiaskan hantaran abg! sakit kepala ok.nanti hantaran2 tu boleh tgk kat bwh2 ni nanti

hari sabtu pagi dalam 10 lebih kami bertolak dari kota damansara dan selamat sampai lebih kurang sebelum pukul 1 rasanya(dah lupa) . petang kitrg takde buat apa sgt.keluar pergi tesco, beli toiletries (betul ke eja?) sebab hotel yg kami duduk tu hotel biasa je. hotel yg dekat shop lot tu je pun.Abby hotel. . .huhu. actually prefer Hotel Seri Malaysia. tobat nanti masa time nak nikah,mak, kita tinggal hotel lain please.

dah balik dari tesco ,dalam kul 5 start gubah bunga utk tempat cincin!!

sebelum letak roses .

after letak roses and spray perfume lagi (idea mak la ni)



gubahan bunga ni tgk la ada pumpkin cinderella lagi kat tgh2 tu. tu tempat letak cincin.nice kan?
ni hasil byk tangan! kak long n Nyah tolong gulung n minyakkan daun sirih . saya dan sepupu yg cucuk2!

malam, dinner time!!! makanan die ok la sebenarnya tapi masa dan bilangan ahli keluarga membuatkan keadaan sgt kelam kabut. dgn pekerja nya pun 1. lauk hantar 1-1 .bila dah habis mkn 1 -1 sampai.so kat situ part dah tak best. bilangan kami 25 org.so bygkan dia gabung meja jadi panjaaaanggg .8 buah meja kena guna.kelakar tak kelakar. daddy pun comment tak enjoy makan kat situ. next time, seriously kena buat homework dulu tempat nak gi makan ni. bak kata kaklong.

ok dah habis makan, malam takde buat apa sgt. sebab ptg hantaran semua dah siap. cuma roses tu lah letak ahad pagi.sebab takut dia kembang sgt xlawa nanti.:)

tidur tidur tidur. bangun pagi, sarapan kat mamak,haih redha je la dgn tempat tu.balik, siap2 .kul 12 baru gerak,check out hotel and convoy 6 ke 7 kereta rasanya(lagi sekali lupa).

sampai2 terus letak dulang, orang tua-tua berbincang.ikat setahun hidup (maksudnya boleh ubah2 tarikh nak nikah tu.nak cepat kan ke n so on la) haha.baru tau. lepas tu kita makan!
makanan dia pun ok. nasi putih n lauk pauk n paling best ulam and sambal belacan. makan berpada-pada. tak makan byk pun. . .

tiba la masa untuk tukar2 dulang sebab nak balik dah. kita bagi 5 , diorg bagi entah byk betul. kek sampai 3 ketul.memang org utagha mak kata suka bagi kuih muih.zzzz. tak kira la laki ke perempuan.

future sister inlaw

hantaran from both sides.

abang and kak farhana .suka suka the big big flower (background tu)

this one is sepersalinan kain(wtv) kain kosong and kerawang2 utk nikah kot. saya la yg susun.ala2 mcm kebaya.tapi tak jahit pun lagi. suka jugak kerongsang tu. :D 

hantaran again.from different angle.

tema kami kami coklat2 gold. dari sana pink and blue :D
ok, so tak de la byk gamba, apa yg mampu je.gmba lain2 kat camera spupu. dia memang rajin amik gamba...hoho. majlis berjalan dgn lancar dan sgt sekejap.so 2-2 merpati sejoli ni dah bertunang, next is bulan 3, abg rahim plak nikah. abg dolah ni next year. insyaAllah jemput la kawan2 dtg.hehe.

sampai sini saja lah kot dulu.nak makan! assalammualaikum :D

2 comments:

kArL nYzAm™ said...

kak mah bila pulak turnnya..hehehehe

rahimah.Y said...

hahahaah! lambat lagi.. habis blajo duluuuuu

 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo